Wednesday, August 10, 2011

Ramadan El-Mubarak - tenanglah sekeping hati yang gusar

Ramadan el Mubarak datang lagi,
Alhamdullillah aku masih diberi Allah nafas untuk mengharungi hidup ini.  yang pastinya ramadan di dalam hidup tahun ini amat tenang aku harungi. aku dah jauh dari kerja-kerja laqa, aku lega. aku dah jauh dari  dunia korporat yang cukup keparat! u see, there is nothing wrong with the job spec - it's kind of sacred, it's the people, the wrong kind of people that make it smell like shit!".

tetiba menyapa sepotong email dari seorang protege. mesej perpisahannya cukup menyentuh jiwa:

Beliau dianggap sebagai mentor, pembimbing, guru dan sahabat..perpisahan ini dirasakan berat tetapi kami di Bahagian Komunikasi Korporat redha demi masa depan terbaik untuk beliau dan L@#$M amnya

Dengan latarbelakang beliau sebagai graduan dalam bidang komunikasi massa dan pengalaman tugas beliau dalam bidang kewartawanan, perhubungan awam dan pemasaran..Tuan Haji  yang pernah menjawat jawatan Exco kepada Institute of Public Relations Malaysia ini , telah membuktikan kepakaran beliau dalam bidang komunikasi korporat dan perhubungan awam L@#$M tidak dapat disangkal dan sukar dicari ganti.

Sumbangan Tuan Haji kepada pembangunan Komunikasi Korporat yang bermula daripada Unit Perhubungan Awam hingga tertubuhnya Bahagian Komunikasi Korporat dan Jabatan Khidmat Korporat sangat besar ertinya.

Semoga tuan diberkati dan semoga pimpinan, tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan menjadi ilmu yang bermanfaat buat kami yang tinggal serta didoakan tuan mendapat ganjaran yang berganda dan ganti yang lebih baik daripada Allah SWT.

lalu aku balas email itu:
Seperti yang tuan tahu, prinsip saya cukup mudah: “ kerja mesti ikhlas”, walaupun orang tak pandang,  Allah maha mengetahui dan sekiranya kerja yang kita sangkutkan sebagai ibadah itu dapat memberi impak kepada insan lain, itu sudah dikira satu pencapaian dan penghargaan yang cukup bererti buat self-esteem, diri sendiri.


Apa sangatlah ilmu yang saya ada, juga masih mencari dan mempelajari. Ilmu itu  jika tidak dipanjangkan pasti akan hilang begitu saja dan sekiranya telah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada tuan/puan dan pelanggan, Alhamdulillah! harap dapat amalkan dan panjangkan seterusnya, mana tahu itu dikira sebagai amal jariah, insyAllah.


Tipulah jika kenangan di BKK itu bukan yang terindah di dalam hidup saya. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki. Terima kasih kerana telah bersama-sama berhempas pulas menjayakan projek yang sama-sama kita rancang dengan begitu cemerlang.


Saya yang sebenarnya bertuah mempunyai pegawai yang boleh dijadikan sahabat,  yang begitu gigih, komited dan berkemahiran tinggi yang bekerja dengan sedikit penyeliaan sahaja. Keep it up! sama-sama kita telah menjulang nama organisasi ke mercu yang cukup tinggi dan dihormati kini.


Tetapi ada kalanya “keikhlasan” itu semakin terhakis, maka penghijrahan itu perlu berlaku seperti yang diamali oleh junjungan kita RasullAllah! Contoh terunggul buat semua manusia.


Cumanya insan kerdil macam saya, maqamnya  hanyalah manusia yang bisa merancang, Allah jua yang melaksakan. Setulus hati saya pasti perancangan Allah buat kita tidak pernah salah! InsyAllah. Selamat maju jaya buat anda semua.  Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia.
lalu aku atur langkah dengan cermat tetapi tidak terlalu pantas, juga begitu berhati-hati tetapi pasti. Watak ku kini berpaksikan kepada aksi-aksi  sebagai educator, motivator, fasilitator, leader. itulah dunia baru ku, jauh dunia lama yang penuh glamour ku tinggalkan. insyAllah i will be ok.
Perancangan Allah tidak pernah salah!

No comments:

Post a Comment