Friday, March 4, 2011

terima kasih Allah

terima kasih allah,
pagi tadi kau hidupkan aku semula dan
berikan kesempatan buat ku untuk beribadah lagi buat mu
masih terbuka peluang meminta ampun lagi atas segala dosa-dosa dan kesilapan ku
kau berikan ku kesihatan supaya aku masih mampu sujud padamu lantas mengagungkan mu.

terima kasih Allah
kau beri peluang lagi untuk ku nikmati segala anugerahmu,
kesihatan, makanan, pakaian dan segala keperluan dan kelengkapan
keluarga yang bahagia, isteri yang solehah dan anak-anak yang taat
sebuah kehidupan yang sederhana tapi serba mencukupi.

terima kasih Allah
di dalam segala kepayahan, kau mudahkan segala urusan, ya Allah!
di dalam setiap kebuntuan, kau berikan aku jalan keluar
di sebali kekusutan, pasti ada rungkaian penyelesaian
disebalik kesedihan, menjelma kegembiraan

sekiranya selama ini akulah manusia yang tidak cukup mensyukuri segala kenikmatanmu itu
aku bertaubat dan beristigfar, tak habis-habis aku lafazkan ucapan syukran
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk mu jua ya Allah!

terima kasih Allah!
di atas keikhlasan mu padaku yang tiada noktah itu.

No comments:

Post a Comment