Friday, February 18, 2011

cakap tak serupa bikin

kaki aku dah sakit sangat. sangat sakit dek kerna selalu dipaksa terjun. walaupun ini bukan acara lompat tinggi atau lompat bergalah, tetapi menjadi bidan terjun ni "is actually a lousy esperience" tanpa hujung pangkal di suruh ganti orang itu dan ini. ashik kena pegi sana, pegi sini, pegi sinun penat ternganga!

adelak tu masuk je meeting terus kena libas tanpa tahu sebabnya. most of the time bidan terjun terus menjadi scape goat (kambing angkara) betoi ke?
  • Scapegoating, singling out one person for unmerited negative treatment or blame - wikepedia.

  • kerna duduk perkaranyer yang memang telah dirancana sebegitu rupa, kambing angkara ni yang seringkali terpinga-pinga  macam rusa masuk kampung, maklumlah kancil dan rusa kini dah banyak berkeliaran di lebuhraya!

  • seterusnyer akan dinobatkan sebagai kambeng hitam (black sheep)


  • ader orang kata kalau selalu jadi bidan terjun ni, orang percaya kat kita, boleh dibawa kesana-sini dan merata-merata, bos pon sayang!
    aku dah sampai ke tahap rasa macam nak tukar profesyen atau berubah angin ke tempat lain dah! cheq tak kira, percaya ka, sayang ka, cheq tak mau dah! cheq nak blahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

    Thursday, February 10, 2011

    chenta baruku

    Ya Allah!
    sumpah!
    memang cantek
    lihat saja di atasnya, menghurai dan beralun ikal
    didadanya ada dua bukit padat dengan lurah yang cetek
    sebelah bawahnya lebih panjang, sederhana di tengah dan nyaman di atasnya.
    sejuk mata memandang dari mana-mana sudut pun.
    bila dah sampai ke puncak - subhanallah!
    nikmatnya ciptaan Allah!

    maaf chenta lamaku, ko tidak lagi mencabar buat ku
    segalanya adalah routine dan hambar belaka
    aku terpaksa tinggalkan kau
    walaupun ko telah banyak membantu menghairahkan jantung - hatiku
    memantapkan susuk tubuhku.

    selamat tinggal taman tasik perdana!
    hi! selamat berkenalan
    taman saujana hijau presint 11, putrajaya.

    cis! aku tak bisa upload gambar!