Thursday, January 27, 2011

sesat

pecah perut diaorang gelakkan aku. bebudak ofis la! sapa lagi.
"camna nak exit ke mex dari presint 11?" dah berkali-kali aku sesat, cari tak jumpa-jumpa. bukan aper, baru pindah rumah dari dutamas ke putrajaya.
last-last aku keluar gak kat silk menuju ke upm, terus ke sg besi dan penderitaan aku bermula dari sini. aku kuar rumah 6.30 pg dan tepat 8.00 pg baru sampai ofis di k.l. WTH!  driving toksah kira la - pelesit pun kalah ngan aku.
semalam aku angkut along (dengan iphonenyer yang ada google map) dan wanita comel cari jalan ke mex. mula-mula tercangak-cangak macam jakun, bila dah ikut sign, teruja plak hinggakan sampai ke tol. alamak! bila sampai jer, " Alah  bang tak boleh pusing balik! camna neh?" wanita comel mengomel. nasib baik tag aku penuh lagi!
kena rm 2.50 aku drive sampai next exit, kompleks sukan bukit jalil.
Ya Allah, pahal le exit terpusing-pusing sampai konfius. bila konfident patah balik, aku drive laju, rupernyer aku bukan patah balik tapi maju kedepan sampai astro dan palace of golden horses. tah macammana, wanita comel kata dia pandai lalu kat situ ikut jalan menghala semula ke upm dan masuk balik ke putrajaya.
pagi ni, ayun bawa papago, rm 339 jika beli 2 unit. satu 400. macam tahu-tahu jer aku sesat meraban pusing satu putrajaya semalamnya. tak dapat dinafikan keperluan navigator di dalam keadaan macam ini.
kena konsider neh!

No comments:

Post a Comment