Friday, January 14, 2011

christmas & new year di sydney

salam semua,
itupun jika masih ada lagi yang membaca blog ini.
selama 20 hari menghilang diri dari blogging, macam rasa 2 tahun.
pulak tu, macam-macam masalah lak timbul.
i came back from aussie land with lots of nice photos, tetiba tak boleh nak upload.
ada masalah url plak, kena tukar lagi!

chrismas eve, riuh rendah family jiran-jiran menghadapi family/reunion dinner sampai ke malam, mostly tonggang air kencing setan sampai kepala biul. besoknye, hari natal senyap sunyi. masing-masing hangover dari malam semalam. tapi, apa yang aku perhatikan mereka memang hias rumah dengan lampu lip-lap bagikan disneyland! Erghhhh! tak leh nak upload pics - tensionnyer!

anyway malam new year family aku dapat bilik di hotel shangri la sydney betul-betul overlooking harbour bridge dan opera house. katanya owner hotel tu adalah malaysian chinese, jadi wanita comel dapat priority kerana dia diplomat kat sydney - jika tidak jangan harap nak dapat bilik macam tu. pertunjukan bunga api di sydney adalah salah satu dari 7 tempat mencuri perhatian dunia. berdentum permainan bunga api dan apa lagi aku pun klik macam orang hilang akal. along dan angah turun ke circular quey dengan kekawan mereka manakala achik dan wanita comel menemaniku di bilik. sayangnya. mereka berdua terlelap kerana terlalu letih membuat persediaan nak pulang ke malaysia.
bunga api berlangsung 12 minit jer, it costed aussie government 5 million AUD. katanya, 12 minit itu telah mencuri perhatian seluruh dunia ke sydney apabila pertunjukkan di siarkan secara langsung di stesyen tv seluruh dunia dan telah menghiburkan hati beribu penonton di sydney yang telah berkhemah selama 2 hari dalam hujan dan panas.
comparatively, i feel so blessed!

1 comment: