Monday, January 31, 2011

bn menang di tenang?

bn menang di tenang. sound so sedap since it rhyme!
peratus undi merosot kerana pengundi tak mahu memalitkan lumpur atau kaki basah - sebab hujan lebat seharian kah? pengundi fed-up nak menagih janji-janji manis calon kah?
kawan aku kata undi tak undi sama jer. sapa naik pun polisi tetap tak berubah. cukai perkhidmatan naik juga ke 6% seludup minyak masak jadi jugak berleluasa di kawasan bandar, harga petrol tetap menjulang tinggi. harga sekeping roti canai rm 1 sekeping! so boleh ker kata - ada aku kesah?
payah! " tak tahulah cammana mak-bapak aku kat kampung yang toreh getah dan buat bendang nak survive!" inikah harga sebuah pembangunan? too damn expensive!

pengalaman peribadi:
australia bukanlah negara yang begitu moden dan membangun secara totalnya. dari banyak segi ianya terkebelakang dari negara ini.
contohnya: di t-junction di sana cara mengelakkan kemalangan ialah dengan meletakkan small roundabout yang tidak begitu tinggi yang baru dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan, terutama di kawasan perumahan. setiap kenderaan dipaksa perlahan dan berhati-hati mengambil pusingan. sungguh kuno bukan? tapi dilaporkan tindakan ini telah menyebabkan kadar kemalangan telah diturunkan dengan drastik sekali. negara ini membina elevated highways dan simpang susur yang bersilang-siur berserabut seperti serabutnya kepala hotak memikirkan lorong yang betul nak ikut. jika salah, kena pusing jauh meraban nak balik semula.
harga makanan pula adalah dikawal murah. sekilo daging baru 8 -10 dollar bergantung bahagian samada ianya top side, rib-eye atau pun rimau menangis! jus buah dan susu sangat murah kerana ianya bahan asasi penduduk. roti yang di jual di coles cuma AUD 1.09 sahaja.
wanita comel beli crv dengan harga 34,000 au dollar, convert pun less that 100,000 walhal kereta itu 160,000 disini. kereta nasionalnya holden menawarkan harga lebih kompetetif dan rendah dari kereta import.
kedai petrol di biarkan bersaing dan boleh offer harga berlainan antara satu sama lain dan lain kadarnya di dalam seminggu, mahal  hari minggu dan isnin, murah pada hari rabu dan khamis.cam tak masuk akal jer! tapi itu satu realiti!benarlah kata pepatah: jauh berjalan luas pemangandan. jika difikirkan, kesian rakyat malaysia!

kerajaan negara itu sangat telus di dalam membahagi-bahagikan kekayaannya yang begitu banyak di antara rakyatnya secara adil, sedangkan ianya bukan negara islam. sebarang polisi mengambil kira keperluan rakyat.
tak percaya? sila baca http://bilikini.blogspot.com/2011/02/australian-day.html
mungkin pemimpinnya jahil soal dosa-pahala, tak tahu mereka akan didakwa di mahsyar nanti kerana kebanyakan mereka tiada pegangan agama dan hidup bebas, sebebasnya.  tetapi hati mereka terdetik dan tersentuh soal kemanusiaan dan keadilan dan terus dipersoalkan dan didakwa jika menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa sejak di dunia lagi oleh rakyat. ini kerana penguatkuasaannya sekeras batu!

sila maaf opening statement tiada kaitan dengan pengalaman diluar negara. ada benda yang kekadang patut diperbandingkan, diperisikan dan di perhalusi. sangat patut!

No comments:

Post a Comment