Sunday, December 12, 2010

terkejut

aku tengah baca quran di klas tajwid di masjid wilayah dengan lancar dan sedap. aku sendiri terperanjat bunyi bacaan aku sebiji macam syekh mpoutasem billah al asali. selalunya, ustaz selalu tegur aku supaya jaga suara jangan sampai bunyi seperti "katak hon".
klas tajwid selasa dan khamis malam


sedang aku enak di buat mimpi, aku dikejutkan dengan satu bunyi yang teramat kuat.
"boom"
bunyi macam kerbau jatuh ke atas bumbung. mungkinkan?
terpinga-pinga aku bangun lalu aku memerhatikan sekeliling.
pandangan dari bilik tidurku

aku turun ke bawah ku tinjau dari tingkap kiri rumah

tiada apa kelihatan

terlanjur aku tak boleh nak pejamkan mata, aku terus skodeng pakai dslr ku
ini rupanyer si penjahat itu,
seekor kucing putih mengejar tikus di bumbung!
aku tak dapat nak tahan gelihati. bila aku skodeng kucing ni, dia skodeng aku balik. nasib baik ini hari cuti, jika tidak mesti aku ngantuk di ofis.

No comments:

Post a Comment