Monday, December 6, 2010

repair

perasan tak, manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. kat kawasan rumah aku bungalow dan semi d harga 3.5 juta sampai ke 6 juta, siap jer terus ada benda yang nak kena renovate! tak paham aku sedangkan design rumah tu dah cukup sempurna!
aku takde la nak renovate rumah ke kete ker tapi kekadang tu ada gak bende yang aku repair. contohnya beberapa pasang kasut yang baru beli, aku letak tapak. tapi bila lama dah haus aku pergi repair sebab dah sedap dan selesa pakai kasut tu.tak kan nak buang!
kekadang jahat juga bila beli jeans ada jer nak kecilkan kaki, nak besarkan pinggang. ayun kata dia pernah repair jeans dia sebab nak sendatkan vontot (aku tak pernah buat la).
anyway sabtu lepas aku pergi la repair kasut dan jeans kat pertama kompleks. dah lama aku tak kesitu. tempat tu dah di renovate cantik dah! tak de sleazy macam suatu waktu dulu.
aku suka service kat sana, hasil kerja pun bagus.
aku ada tanya pada budak nama adi yang repair seluar aku berapa dia caj jika ganti butang kot aku yang tanggal, katanya rm 30. dia nasihatkan aku beli je butang di kedai sebelah dan jahit sendiri. butang baru 60 sen, benang rm 1.30. maknanya diaorang kira profesional gak bagi pilihan pelanggan dan tidak menghentam sembrono jer!
bila selesai nak ke parking, aku terpandang poster di salah sebuah kedai repair jeans. "perfect jeans repair for the not so perfect body."

spontan terpacul dari mulut ku: babi!
dalam hati: Astagfirullah hal azim!
sederet kedai untuk merepair pakaian & kasut

kedai repair jeans

pekerja tekun bekerja merepair

tugas dibuat dengan cepat dan berhati-hati

inilah adi yang ikhlas tu

No comments:

Post a Comment