Friday, December 3, 2010

radio 24

salam,
pagi tadi giliran aku bertugas menyampaikan taklimat di radio 24.
dari ofis aku ke wisma bernama tak sampai 10 km, tapi jem teramat. nasib baik driver kami si jasmani pandai celok cari jalan pintas. bila sampai jer masih ada berbaki 5 minit, aku dah semput kerisauan. ingat senang ke nak cari mood dan keluarkan suara "macho-garau" itu.
aku ditemani oleh lelaki-hot Ayun dan machoman Emi.
sebenarnya aku pinjamkan suara jer,
machoman Emi (pengurus perhubungan awam - publisiti) dapatkan slot,
lelaki-hot Ayun (pengurus perhubungan awam - media) kasi input.
ade ker, aku berhempas-pulas sebok ke udara kat radio, diaorang plak dok posing dengan jelitawan radio 24.

  

ini dia deejay rina




 

team siaran pagi radio 24 - rina dan kam kamaruddin


dari kiri: rina, ayun,sheliza, irma dan emi


tengok tu, sempat lagi berposing

on the way balik singgah ke restoran haslam (milik dato' yusof haslam) kat hospital tawakal
jas pilih meehun singapore

3 kopi jantan untuk 3 lelaki melampau

ayun order mee ladna, emi nak mee hailam dan aku cari mee kari
"sori bang tak siap lagi"
jadi sarapan roti tampal jerla!


No comments:

Post a Comment