Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDULADHA - 2

salam,
sayu je dengar takbir lepas magrib tadi kat surau. tahun ni buat pertama kali dalam hidup aku raya sorang-sorang. family kat oversea, tak balik kampung sebab dah jadi yatim piatu. nak buat camna? sebatang kara la aku di keyel nih.
rupanya ramai yang senasib dengan ku. mereka pun tak balik kampung macam aku. penuh saf kat surau. lepas isyak kami pergi takbir ramai-ramai - ada le 8 bijik rumah di sekitar kawasan rumah aku nih! tuan rumah buat jamuan, dah mula aktiviti membina badan. selulit raya posa pun belum surut sepenuhnya. dah mula dah malam ni. nasib baik ada xynical!
besok solat adha pukul 8.30 pg. pastu dapat tugas menolong kerja korban mulai pukul 10 pagi kat surau. Sesungguhnya Allah tu maha berkuasa, aku ingat aku akan kesunyian, tapi yang esa telah mengaturkan segalanya. terubatlah sunyi di hati ini.
jap nak tengok check list jap!
kueh - tak de tak payah hidang
baju baru - takde, pakai je yang lama
rumah - dah kemas
sms - dah hantar pd yang tersayang, suadara mara dan sahabat handai
kaki - dah basuh
bye! boleh tido sekarang!
yehhhhh esok raya!

takbir



Salam Aiduladha


1 comment: