Monday, November 29, 2010

Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Kedah dan Perlis

SURAH AL-MU'MINUN[23.18] Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.


Sesungguhnya banjir di utara tanah air itu adalah ujian Allah jua kepada umatnya, maka kita mestilah tabah dan menerimanya dengan redo.


SURAH HUD[11.44] Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu.

Misi Kemanusiaan ini tercetus di atas rasa keprihatinan seluruh warga di tempat aku bekerja untuk menghulurkan bantuan demi meringankan beban mereka yang sengsara akibat banjir besar di kawasan utara. misi ini juga adalah kontrak sosial dan dijayakan dengan kolaborasi Persatuan Islam, PUSPANITA dan Kelab Sukan dan Kebajikan.

Jabatan Komunikasi Korporat yang menjadi tonggak projek ini telah berjaya mengutip sejumlah RM 29,800 wang tunai dari seluruh Malaysia manakala Persatuan Islam yang di tugaskan menyediakan barang makanan seperti beras, gula, minyak masak, kopi dan teh serta makanan dalam tin seperti sardin dan kari daging berjaya memperolehi barang-barang bernilai RM 3,000.

PUSPANITA pula telah berjaya mengumpulkan 60 kotak pakaian baru dan terpakai termasuk tuala, selimut, kain telekung dan kain pelikat untuk diagih-agihkan kepada semua mangsa banjir. Kelab sukan pula bertugas mengetuai misi gotong-royong dan pembersihan di kawasan yang teruk terjejas.

Tanggal 25 November sebuah lori "Black Maria" yang sarat muatan barang-barang bergerak dari kl menuju ke Alor Setar pukul 4 pagi manakala rombongan misi yang terdiri dari 20 orang Pegawai bertolak di dalam sebuah bas pukul 7.30 pagi.

Rombongan tiba lebih kurang pukul 3.00 petang dan setelah menjalankan mesyuarat dengan pihak cawangan, acara pembahagian sumbangan kepada pegawai dan staf dimulakan pukul 4 petang. agihan sumbangan wang tunai kepada 32 staf mengikut kerugian dialami.

Lepas itu kami terus bergegas pula kepada mahad tarbiah islamiyah di Dehrang yang ditenggelami air lebih 10 kaki dengan kerugian yang amat besar, kecil sangat rasanya sumbangan yang dapat kami hulurkan tetapi pihak mahad dan mangsa seramai 73 orang menerima kunjungan kami dan bantuan dengan tangan terbuka.

Misi di sini dimulakan dengan solat magrib, bacaan yasin dan doa selamat dan penyampaian sumbangan, solat isyak dan jamuan makan yang dianjurkan oleh kami.

Aku cukup tersentuh dengan ucapan pengetua mahad yang juga merupakan imam di dalam ucapannya pada malam tersebut "Alhamdullillah, siapa sangka bila kita rasa kita telah kehilangan segala-galanya, Allah memberi ganti dengan yang lebih baik. malam ini kita bersyukur dapat menikmati hidangan yang cukup mewah, kari kambing, ayam masak merah,  daging masak kicap dan dalca." dan mereka cukup menikmati juadah yang dihidangkan.

pada keesokan harinya kami bertolak pula ke Kangar. Bantuan diberikan kepada 25 mangsa banjir dari Kampung "Desa Permai Tok Kuning, kayang di samping 35 pegawai dan staf yang terlibat yang diadakan di Pejabat cawangan di Kangar. Mangsa banjir dibawa khas ke pejabat untuk menerima sumbangan dan pakaian di berikan kepada ketua kampung untuk di buat agihan.


sumbangan wang tunai diberikan mengikut kerugian yang dialami oleh staf

solat bersama penduduk kampung

barang makanan yang terdiri dari beras, gula, minyak masak,
sadin dan daging dalam tin teh dan kopi.

bacaan yasin dan doa selamat

sumbangan wang tunai dan barang makanan

anak-anak mangsa banjir yang turut hadir

sedapnya makanan ni, pak cik! tengok licin.

kaum ibu menikmati jamuan

mangsa banjir dari Kg. Desa Permai tok Kuning, Perlis

penerima sumbangan wang tunai dan barang keperluan

berat ni, bebaik pak cik!

mangsa banjir diraikan dengan jamuan makan tengahari


Walaupun penat terasa, tetapi di dalam perjalanan pulang, kepuasan yang dirasai oleh setiap orang yang telah terlibat tidak dapat dicoretkan dengan ucapan dan kata-kata.

Aku sangat bersyukur kepada Allah yang maha berkuasa, telah memudahkan kerja amal kami kali ini dan berasa rendah diri kerana dapat mengendalikan projek ini bersama-sama team aku yang cukup komited dan gabungan bistari dari Persatuan Islam, PUSPANITA dan Kelab Sukan, dari peringkat ibupejabat dan pihak cawangan kepada saudara kita yang mengalami kesusahan dan penderitaan. semoga dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat meringan beban yang mereka tanggung, insyAllah!

1 comment:

  1. could u pls inform me if you were gonna have this kind of charity in near future. would love to contribute anything that i can to ease their burden.

    thanks in advance!!

    ReplyDelete