Tuesday, November 9, 2010

marah

aku tengah marah neh! memang bad, bad, bad marah pepagi, bloody bad la! tak masuk rezeki kata orang, peduli aper aku kan?   tapi itu kata orang la, aku masih nak marah jugak!
aku keluar rumah macam biasa je dan selalu aku sampai ofis dengan 15 minit masa berbaki. sempatlah aku nak cari makan sikit, solat dhuha dan layan blog belum start keje. pagi ni tak dapat. nape? kerana ada orang tidak berdisiplin dan penting diri sendiri dan buat keje tak pakai otak - akibatnya orang lain jadi mangsa. aku lah mangsa itu!
ni sama kes disebabkan pemandu bas cuai, ramai penumpang mati kemalangan. semalam aku baca paper, sorang suami menjerit keadilan di pulau pinang di mana isterinya  terpelanting dari motosikal yang dinaiki mereka lalu meninggal setelah di langgar oleh motosikal lain yang  langgar lampu merah dan merempuh mereka. penunggang motosikal itu kena denda RM 300 saja atas kesalahan lalulintas dan bukan "man slaughter" yang menyebabkan kematian insan lain. pikir la, jumlah seciput tuh berbanding dengan nyawa seorang wanita. dapatke RM 300 itu mengganti kehilangan isteri kepada sorang suami dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil, itu tak masuk trauma perasaan setiap mereka yang ditinggalkan! meluat btol aku baca berita macam tu! tapi itu lah realiti kehidupan.
ok, ok, melalut ntah kemana plak aku yang marah neh realitinya juga pagi ni, dua biji bas suka hati je parkir 1 meter jaraknya dari lampu isyarat. oleh itu kereta yang nak belok ke kiri (free flow) terperangkap dan tidak dapat membelok semasa isyarat lampu merah menyala bagi kenderaan yang menghala ke depan, menyebabkan sesak lebih 1 kilometer panjangnya. mula-mula aku ingatkan diaorang ada buat roadworks, pepagi buta neh, tapi rupa nyer pemandu bodoh siot! letak otak kat kepala lutut ker aper? dah le tu, di mana lak perginyer polis trafik yang selalu membuat kawalan di kawasan tersebut!
makanyer, insan yang kalut macam aku lewat le ke pejabat!
yang aku naik darah neh pasal aku lewat 3 minit jer, berbaloi le kalau 30 minit ker, 3 jam ker. ada gak rasa nak layan kecewa dengan bersenang lenang melepak kat gerai mamak pekena roti tampal ngan teh tarik halia sambil update blog, ingat senang ker nak bertarung dengan kehendak hati, tetapi aku berjaya melawan roh-roh jahatku (halalkan ya lelakisesuxx - jika anda baca entri ini) lalu pandu deras-tapi-berhemah (cam na tuh?) macam gila babi (mungkin babi pun tak segila tuh kot!). nasib baik le boss aku sudi sign punch kad, lega.......
3 minit punyer hal, habis rezeki ku pagi ni, dapat dosa lagi menyumpah dan maki orang. bloody, bloody bad la!

gambar hiasan dari google

4 comments:

  1. La ingat tak makan mee kari sebab diet, rupanye tengah hangiin..

    ReplyDelete
  2. hati-hati 3 minit pun sekarangnya ni memo

    ReplyDelete
  3. yang memo melayang tu satu hal lagi! Arghhhhhh!

    ReplyDelete
  4. hahhaha... amik le pic. upload sket pic keta tu kt blog. Baru dia tau otak yg ada kt kepala tu untuk dipakai... bukan hiasan untuk jd pemampat dlm tengkorak je...
    :D

    ReplyDelete