Tuesday, November 30, 2010

picture perfect?

apa macam cantik tak?
i mean the pic
not the model la
Taken from Canon EOS 550D

jalan-jalan cuci mata di aloq staq

salam,
bandaq aloq staq tidak kurang dengan binaan yang menarik. jom kita skodeng.

menara alor star


masjid megeri


menara jam


menara apakah ini?


gerbang apa kah ini? cuba terka?


muzium negeri


menara tengkolok


Monday, November 29, 2010

Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Kedah dan Perlis

SURAH AL-MU'MINUN[23.18] Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.


Sesungguhnya banjir di utara tanah air itu adalah ujian Allah jua kepada umatnya, maka kita mestilah tabah dan menerimanya dengan redo.


SURAH HUD[11.44] Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu.

Misi Kemanusiaan ini tercetus di atas rasa keprihatinan seluruh warga di tempat aku bekerja untuk menghulurkan bantuan demi meringankan beban mereka yang sengsara akibat banjir besar di kawasan utara. misi ini juga adalah kontrak sosial dan dijayakan dengan kolaborasi Persatuan Islam, PUSPANITA dan Kelab Sukan dan Kebajikan.

Jabatan Komunikasi Korporat yang menjadi tonggak projek ini telah berjaya mengutip sejumlah RM 29,800 wang tunai dari seluruh Malaysia manakala Persatuan Islam yang di tugaskan menyediakan barang makanan seperti beras, gula, minyak masak, kopi dan teh serta makanan dalam tin seperti sardin dan kari daging berjaya memperolehi barang-barang bernilai RM 3,000.

PUSPANITA pula telah berjaya mengumpulkan 60 kotak pakaian baru dan terpakai termasuk tuala, selimut, kain telekung dan kain pelikat untuk diagih-agihkan kepada semua mangsa banjir. Kelab sukan pula bertugas mengetuai misi gotong-royong dan pembersihan di kawasan yang teruk terjejas.

Tanggal 25 November sebuah lori "Black Maria" yang sarat muatan barang-barang bergerak dari kl menuju ke Alor Setar pukul 4 pagi manakala rombongan misi yang terdiri dari 20 orang Pegawai bertolak di dalam sebuah bas pukul 7.30 pagi.

Rombongan tiba lebih kurang pukul 3.00 petang dan setelah menjalankan mesyuarat dengan pihak cawangan, acara pembahagian sumbangan kepada pegawai dan staf dimulakan pukul 4 petang. agihan sumbangan wang tunai kepada 32 staf mengikut kerugian dialami.

Lepas itu kami terus bergegas pula kepada mahad tarbiah islamiyah di Dehrang yang ditenggelami air lebih 10 kaki dengan kerugian yang amat besar, kecil sangat rasanya sumbangan yang dapat kami hulurkan tetapi pihak mahad dan mangsa seramai 73 orang menerima kunjungan kami dan bantuan dengan tangan terbuka.

Misi di sini dimulakan dengan solat magrib, bacaan yasin dan doa selamat dan penyampaian sumbangan, solat isyak dan jamuan makan yang dianjurkan oleh kami.

Aku cukup tersentuh dengan ucapan pengetua mahad yang juga merupakan imam di dalam ucapannya pada malam tersebut "Alhamdullillah, siapa sangka bila kita rasa kita telah kehilangan segala-galanya, Allah memberi ganti dengan yang lebih baik. malam ini kita bersyukur dapat menikmati hidangan yang cukup mewah, kari kambing, ayam masak merah,  daging masak kicap dan dalca." dan mereka cukup menikmati juadah yang dihidangkan.

pada keesokan harinya kami bertolak pula ke Kangar. Bantuan diberikan kepada 25 mangsa banjir dari Kampung "Desa Permai Tok Kuning, kayang di samping 35 pegawai dan staf yang terlibat yang diadakan di Pejabat cawangan di Kangar. Mangsa banjir dibawa khas ke pejabat untuk menerima sumbangan dan pakaian di berikan kepada ketua kampung untuk di buat agihan.


sumbangan wang tunai diberikan mengikut kerugian yang dialami oleh staf

solat bersama penduduk kampung

barang makanan yang terdiri dari beras, gula, minyak masak,
sadin dan daging dalam tin teh dan kopi.

bacaan yasin dan doa selamat

sumbangan wang tunai dan barang makanan

anak-anak mangsa banjir yang turut hadir

sedapnya makanan ni, pak cik! tengok licin.

kaum ibu menikmati jamuan

mangsa banjir dari Kg. Desa Permai tok Kuning, Perlis

penerima sumbangan wang tunai dan barang keperluan

berat ni, bebaik pak cik!

mangsa banjir diraikan dengan jamuan makan tengahari


Walaupun penat terasa, tetapi di dalam perjalanan pulang, kepuasan yang dirasai oleh setiap orang yang telah terlibat tidak dapat dicoretkan dengan ucapan dan kata-kata.

Aku sangat bersyukur kepada Allah yang maha berkuasa, telah memudahkan kerja amal kami kali ini dan berasa rendah diri kerana dapat mengendalikan projek ini bersama-sama team aku yang cukup komited dan gabungan bistari dari Persatuan Islam, PUSPANITA dan Kelab Sukan, dari peringkat ibupejabat dan pihak cawangan kepada saudara kita yang mengalami kesusahan dan penderitaan. semoga dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat meringan beban yang mereka tanggung, insyAllah!

jalan-jalan cari makan di aloq staq

salam,
selama dua hari berkampung di alor staq. dari sini misi kemanusiaan mangsa banjir beroperasi untuk pengagihan sumbangan mangsa banjir di alog staq dan kangaq.
di kesempatan masa terluang aku sempat juga berjalan-jalan lihat kecantikan persekitaran negeri yang pada suatu masa dahulu dikenali sebagai "the ricebowl of Malaysia". masihkah?

mercutanda kedah - menara aloq staq.
ini bukan menara seattle atau sydney yer!


kopi jantan yang power.
kasi tenaga kerana nak kerja kuat.


aku cuba mee udang aloq staq yang agak manis,
lelaki hot ayun pekena kueh teow goreng.
orang kedah kata "depa peraq" kat kami.


laksa kuala kedah yang aduh! sungguh sedap


tak tau la pasai apa kueh teow ni sedap sangat.


ini ulaman tersedia untuk dimakan dengan laksa dan laksam


emmmm sepinggan lagi!


anak teruna yang suka kopi janda. biaq pi dia la


gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
pas ni nak gotong royong plak
 misi tetap misi, makan tetap juga jadi agenda utama. aku rakamkan apa yang dapat dilihat dan "dibalun" sampai buncit. dua hari  berturut-turut kami sarapan di tempat dipanggil kopitiam. malam pula kami ke kuala kedah cari laksa.

Saturday, November 27, 2010

jalan-jalan di padang besaq

salam,
dan terlanjur menjalankan misi kemanusiaan mangsa banjir di aloq Staq dan Kangaq, maka lari sat pi padang besaq untuk sessi jalan-jalan cuci mata. ini lah apa yang aku lihat:

papan nama padang besaq yang memang besaq

shopping yang agak selesa di gapura square di padang besaq

salah satu gerai jualan barangan serbaneka di ruang konkos

nak beg dan topi?

topi yang lebih voque?

jam tangan pelbagai jenama

baju yang memang "original imitation" pilih jangan tak pilih

tak sah kalau tak beli gajus jika ke padang besaq.
dari kiri: gajus bakar, gajus goreng dan gajus bijan bermadu.
yang last tu pompuan takut nak makan i ishhh depa no!

pembasuh tangan kristal betoi ka?

serba mak-nenek makanan ringan pun ada.

masa pi sana masing-masing melenggang ja tapi bila balik masing-masing jadi gorella - penuh benda di dua belah tangan. kalau la ada 4 batang tangan lagi, habih satu padang besaq depa borong.
tapi takpe, semua benda untuk keluarga!
kira ok la

Wednesday, November 24, 2010

tamak haloba

cuba tengok mamat sorang neh.
kitaorang park satu lot sorang, dia plak 3 lot sorang.
dia ingat bapak dia nyer parking lot ker aper?
grrrrrrrrrrrrram tengok!

Monday, November 22, 2010

jom jogging

salam,
minggu ni takmo cakap pasal makan atau makanan dah. bukan serik tapi bebudak ofis yang balik dari kampung beraya mengata aku.
mr x: "sakan ko beraya?"
aku: "mana ader, aku tak kemana pun. dok rumah je"
mr y: "tak mungkin mesti ko beraya sakan"
aku: "aku mana cuti pun -apasal plak korang kata camtu?"
mr x: "ko kan nampak macam......kembang jer"
aku: "cilaka le korang!"

aku berazam nak giatkan aktiviti jogging aku kat lake gardens - kalo bleh nak pi hari-hari. aku tak brapa suka pi titiwangsa sebab tak gitu mencabar. pagi sabtu aku terus menuju ke sana. mak ai! maner sume orang pergi? cam tak meriah jer - tak macam selalu ramai orang.
anyway routine aku ialah aku start kat panggung anneversary.


di sini aku memulakan pergerakan memanaskan badan sambil melihat keindahan
panggung anniversary yang baru.


beberapa langkah ke depan aku memulakan brisk walk,
cantiknya air terjun baru siap di sebelah kiriku


surau pun ada di sebelah kananku


kemudian aku belok ke kiri dan mula memanjat bukit kancil/rusa sehingga ke sri perdana
yang sekarang ni menjadi memorium tun razak

ramai orang tak tahu, dari belakang memorium, ada tangga curam menuju ke tasik,
aku naik turun 2 x


bila sampai ke tasik aku belok kiri dan memulakan
jogging yang agak perlahan


inilah track di tepi tasik. aku pusing seluruh tasik.


agak luas tasik ni


sambil menikmati keindahan alam dan udara bersih


terus melintasi boat house


jumpa waterfall lagi


semua waterfall buatan manusia


merentasi kolam buatan


dah tiba di penghujung track



buat warm down dan
terus ke parkir berhampiran pintu masuk bukit aman
 huh makan masa 1 1/2 jam gak, dengan peluh sebaldi.
walaupun nasi lemak tangling melambai, aku kuatkan semangat terus balik rumah.
jika korang  jumpa mamat berbaju, berseluar dan berkasut serba hitam jenama adidas, tegurla! itu la aku!
insyallah 3 bulan lagi aku kurus! jom ikut!