Friday, October 8, 2010

lari ke hujung dunia

perjalanan hidup mengajar kita
menjadi lebih dewasa.
ada kalanya kita terluka
ada kalanya kita bahagia.
Persis roda
yang berputar tiada hentinya.
tapi jika bahagia tidak juga kunjung tiba,


maka aku lari ke hujung dunia.
aku termenggu seketika
di jendela, terkesima.
helai demi helai diari hidup ku buka semula.
cita-cita yang berbekalkan segunung rasa,
terkubur jua di pusara,
akhirnya.

dan di antara
sedu dan hiba,
maka bercucuranlah mutiara
dari mata-mata yang berkaca.

ya rabbi, sesungguhnya
akulah yang durjana.
akulah yang sebenarnya alpa.
dalam kekalutan aku jadi pelupa.
Lupa mengingatimu walaupun seketika
kini hanya
sepi berkunjung menyapa.
Apa daya,
aku akur dan  terima segala,
ya allah! sesungguhnya
aku rela dan aku reda.
Kerna
ku tahu kau bersamaku
sentiasa.
Bila-bila
dan di mana-mana jua.


 

2 comments: