Saturday, October 2, 2010

lantak le!

Aku sebenarnya malas dah nak bersosial, bosan dah bosan. ko tahu tak? fening la networking segala! Ingat seronok ke kena pasang badan,  kena jaga rupa paras biar smart-kemas, nak kena senyum sampai lengoh pipi bila jumpa orang masa networking tu,  makan pun control macho - macam tertib giler, kena pandai buat lawak nak amek hati dan kena pandai menyusun kata bila bertutur.  Tapi nak buat camna kekadang kena pegi gak kerna tugas. 
Maka sampailah aku dan teammates aku (amy, ayun, nana & dess) ke Hilton Hotel  kat kl sentral tu. NST  jemput ke rumah terbukanya semalam. Kami advertiser tetap mereka. arghhhhh!
MasyaAllah, ramainya manusia di sana! Maklumlah, NST jemput  artis satu Malaya ke sana. Riuh gempita peminat dok  tangkap gambar dengan artis pujaan masing-masing. Macam nak buta dipanah flash kamera, puas mengelak ke sana, ke sini,  ke sinun!  Diaorang bukan amek gambar aku pun, sekadar kena tempias artis-artis tu la. Aku sekadar jual muka dan “lips service” jer, jumpa reporter  akhbar di bawah kumpulan NST, tunjuk support event mereka, nanti aku buat sidang media giliran mereka plak datang buat liputan.
Lalu musnahlah hasrat aku nak diet bila kena pegi majlis camni. Habistu, dah juadah terdedah depan bijik mata, takkan nak pandang jer. Apa lagi belasah la! Pulak tu, bila dah mula melantak,  tak reti-reti nak henti, macam kebulur tak makan sebulan. Alamak!  Dah nak magrib, angkat kakiiiiiii.
Di dalam kekalutan semasa menyelinap keluar, aku terdengar sorang artis berstatus janda berkata “I nak cari suami beriman yang dapat bimbing I kearah kebaikan, duit bukan jadi ukuran!”
AE: Penipuuuu punya pompuan!  Nak maintain bulu mata plesu dia pun boleh pokai,  cis! Duit bukan ukuran lagi. Tak mungkin  minyak (artis) dan air (org beriman) bercampur di dalam satu adunan.
Aku: Eh! yang ko plak tetiba hangin satu badan ni apahal?!
Sabo jer lah!
di hotel inilah New Straits Times mengadakan Jamuan Rumah Terbukanya

2 comments:

  1. sometimes, i do let my AE throw out loud. haha. tak larat kot nak simpan sorang-sorang.

    ;)

    ReplyDelete
  2. yeah! how very true. it's like the agony of sakit bisul. tak lega selagi tak pecah!

    ReplyDelete