Sunday, October 24, 2010

corporate social responsibility

Panas baran kah aku?
Jika ada orang bagi hadiah sehari lepas harijadiku, aku memang rasa terus nak baling dalam tong sampah jer.
Hadiah itu tak bermakna langsung padaku, bikin potong stim abis. Kenapa tak cubapun ingat tarikh besday aku dan bagi hadiah tepat pada harinya? Macam le aku hadap (hard-up) nak sangat orang bagi hadiah hari jadi separuh abad itu.
Mungkin kerana aku jenis manusia tak reti nak sabar kot. prinsip aku "time is the essence,” padaku buat sesuatu mesti tepat pada waktunya. Kalau tidak, baik tak payah!
Konfius? Cam ni. Kalau aku boleh usaha datang awal jika ada perjumpaan, nape ko boleh bagi alasan bodoh dan datang setengah jam lewat? Arghhhhhh! Haven’t you got any respect for other people at all?
Anyway, nak cerita ni - kekadang kita kena banyak muhasabah diri untuk jadi insan yang lebih matang. Aku le tuh!
Masa bulan posa lepas, aku buat projek CSR untuk organisasi aku. Kami dah identify 3 penerima bantuan, time posa ni, sume orang jadi dermawan, nak rebut pahala Ramadan, Alhamdulillah!
Shelter home pertama cares for anak-anak ditinggalkan ibu-bapa, single mothers dan OKU yang family buang. (god! I wish I could use better words) . yang kedua perlukan freezer untuk simpanan stok bahan makanan mentah dan ketiga terima apa saja memandangkan kanak-kanak sekolah terbabit adalah anak yatim dan pelajar susah.
So aku bincang dengan staf aku dan bagi tugas masing-masing. Amy bincang dengan pengeluar kasut untuk minta diskaun kerana rata-rata bebudak tu dah tiga tahun tak pakai kasut baru. Duit kutipan akan di gunakan untuk beli barang keperluan menyambut hari raya, selain tampung kos kasut dan beli freezer.
“rasa macam orang kaya le, pi beli barang kat pasayara m###n tu”  kata cek man dan dess masing-masing dengan senyum “terkoyak mulut” kerana aku bagi RM3,000 untuk berbelanja beli barang makanan dan keperluan raya. "nasib baik beli barang, nak harap mock cheque je, amount tak le seberapa, bikin malu jer" sampuk lee.
Emi, amy dan nana aku tugaskan buat persiapan awal kat rumah perlindungan tu memandangkan ada sidang media.

Alhamdulillah, ramai wartawan hadir, terima jemputan yang ijoi keluarkan. Pada hari kejadian, CEO pun sarungkan kasut beberapa kanak-kanak comel  di shelter home dan seboklah  si sepol dan paparazzi surat khabar amik gambar nak keluar berita di dada akhbar hari esoknya.

Sampai satu ketika ada gadis oku peluk  erat CEO aku dan tak lepas-lepas pegangannya sampai menitis air mata boss aku tu (boss pompuan). Aku pun sebak sama memandang wajah gadis tersebut yang luahkan rasa terima kasih dan syukurnya menerima bantuan melalui pelukan.
Kes kedua  aku memang frust giler kerana ada pihak dah kalahkan aku bagi dulu freezer tu pada rumah anak-anak yatim tersebut, kami cuma dapat sampaikan wang kutipan untuk keperluan rumah tersebut dan ang pow duit raya je. Inilah yang aku maksudkan tadi, masa itu adalah segala-galanya, jika kita terlewat, habis peluang - ianya bukan jadi milik kita lagi.
Kes ketiga sangat-sangat menginsafkan aku. Kurang lebih 90 Pelajar di sebuah sekolah di Sekincan terdiri dari pelajar susah di mana separuhnya adalah anak yatim. Tak dapat aku nak coretkan di sini wajah-wajah gembira kanak-kanak tersebut memperolehi kasut baru untuk sambut raya di samping duit raya yang tak le seberapa. “Words could not describe the feeling of joy and contentment projected through the eyes of the children” tatau camna lagi nak cerita.
“Kesian saya tengok kanak-kanak tu pakai baju kedut!” kata ayun masa majlis  penyampaian di sekolah,  mungkin tahun depan kita beli seterika plak untuk mereka?” aku pun perasan dan fikir benda yang sama. terus kami decide nak buat program sponsor baju dan kasut pelajar kurang bernasib baik akhir tahun ni yang kami panggil "going back to school" moga mereka tidak ke sekolah dengan pakaian lusuh dan kedut lagi, dapat kasut baru plak tu.

Lesson learned?
1.   Jika kita buat perkara baik, ramai orang nak bantu. Allah sesungguhnya sangat memungkinkan dan memudahkannya. percayalah!
2.   Banyak golongan di luar sana nak salurkan bantuan, mereka mencari-cari pihak yang sudi mengendalikan projek sebegini. kena pandai cari.
3.   Jika tak terlibat secara langsung, memang tak rasa apa-apa pun, rasa itu terkesan semasa bertungkus lumus melaksanakan program sebegini.
Jauh sekali di sudut hati nak berbangga, projek CSR bukan untuk tujuan takabur, sebaliknya supaya ianya boleh dijadikan ikhtibar pada pihak lain untuk bersama membuat kerja amal kebajikan. Aku sekadar nak kongsi pengalaman jer.
Insan kerdil macam aku yang serba kekurangan, manalah dan apalah sangat yang dapat aku berikan, hanya mampu menggunakan tulang empat-kerat yang Allah anugerahkan dengan rasa penuh kesyukuran dapat melaksanakan sedikit kerja amal untuk saudara-saudaraku yang amat memerlukan bantuan.
Tahun depan rasa nak  join Mercy  Malaysia la plak, nak pi gaza nak bantu saudara kita di sana.

nota kaki:
khas buat amy joe, yang patah pinggang opppps! slipped disc dan dok terbaring kat katil spital, kerana angkat benda berat sebelum sidang media, kami doakan moga cepat sembuh. emi, ayun dan dess juga nana, cek man, ijoi, lee dan sepol, patah kaki tanpa kehadiran anda di ofis tau! hamboi....hamboi......hamboi............

No comments:

Post a Comment