Saturday, October 30, 2010

aku lagi

Aku
adalah insan-insan kerdil
diantara mereka-mereka yang terpinggir
Menumpang di ruanglikup yang sempit
Dilorong-lorong yang hanyir lagi bingit


Aku
Seorang perindu
Sebuah kesunyian yang membelenggu
Takkala senja datang bertamu
Maka Sepi itu rakan karibku


Makanya
insan yang benama aku,
yang pernah kau kenali satu ketika dahulu,
yang pernah wujud di dalam sanubarimu
dan bertakta di dalam lipatan memorimu.
cuma mengintaimu
dalam termanggu.

tapi
adakah aku
masih seperti dahulu?

ku pasti
Jawabannya kau sendiri tahu!

No comments:

Post a Comment