Saturday, October 30, 2010

aku lagi

Aku
adalah insan-insan kerdil
diantara mereka-mereka yang terpinggir
Menumpang di ruanglikup yang sempit
Dilorong-lorong yang hanyir lagi bingit


Aku
Seorang perindu
Sebuah kesunyian yang membelenggu
Takkala senja datang bertamu
Maka Sepi itu rakan karibku


Makanya
insan yang benama aku,
yang pernah kau kenali satu ketika dahulu,
yang pernah wujud di dalam sanubarimu
dan bertakta di dalam lipatan memorimu.
cuma mengintaimu
dalam termanggu.

tapi
adakah aku
masih seperti dahulu?

ku pasti
Jawabannya kau sendiri tahu!

Thursday, October 28, 2010

terkunci


something very scary yet embarrassing happened to me while i was attending a team building programme in morib october 25 - 27.

the programme started almost instantly after arrival and a quick lunch. i went to the bank on my way to the hotel earlier and i also brought my laptop along. i was very mindful of money and computer theft in hotel rooms and therefore i was desperately looking for a safe box in my room but obviously the hotel does not provide one. damn!!!!!
as a safety precaution, i turned the combination and locked the zippers of my luggage bag and off i went. the consultant started with ice breaking and there were pretty maidens that caught my eyes in the room, so must "control macho mah?". we were put to some tasks in and around the hotel and mostly by the beach. so you can imagine after the last programme at around 6pm i was drenched with sweat all over!
there was a official dinner given that nite and i was planning to put on my linen shirt with my khaki dockers pants. the trousers was still in the locked bag. oh no!!! i could not open the bag and the lock got jammed eventhough the safe combination was right!

"mampus la aku", i was thinking out loud.

zairul and sarjali, members of the organizer was nice enough to drive me to banting some 20 km away where there was a supermarket that sells travelling bag. we were sure that the sales person could unlock the bag.
to my horror, both the sales personnel in the bag section went on leave! WTH
!!! how could that be? i was asking if anyone could  give me their phone numbers so that i could get them to open my damn bag. this can't be happening to me.

two sales girls tried to unlock the combination but failed. "please! can someone else help me? i need to get things to wear from the bag for the night" then came an elderly lady and tried for few minutes, also in vain.
i began to think of alternatives. i had my ironed linen shirts out on the hanger in the closet earlier so that it would not wrinkle but everything else is in the bag. my jeans were already wet and muddy, it would produce unbearable odour if i have to resume wearing it.  the store does not carry my favourite brand but as the last resort, i might need to buy a new underwear,  but wait...... all the cash is locked in the bag. OMG! i need fresh undie!


"saya ni rabun sikit, tak brapa nampak" and that goes for me too. i am as blind as a bat without my glasses on! the only thing to do now is to break open the lock, which means it will be distroyed forever.


i swear i must have looked like "say quay or hantu cina - toreh pun tak berdarah!" it was quite an expensive branded leather travelling bag, mind you, and it's my favourite.
i could find excuses for not attending the dinner but still, the problem would not end there, what was i supposed put on for the next two remaining days? somebody told me there will be "kambing golek" as the main dish. roast lamb and i are the best of friends, i can't abandoned the beast!


memang confirm mampus la aku.

suddently, "kak! just tell me how to unlock the bag" sarjali said "i can see better". reluctantly she gave in saying that it was a trade secret and she should not have showed the procedures to anyone. after trying for almost an hour by the couple, the lock gave a click sound and voila! the lock was undone! Alhamdulillah!

i was so happy i almost gave her a  kiss on the cheek, but i was also sure she would run away screaming "rogol! rogol! rogolllllllllllll!".

from the bottom of my heart, thank you zairul, sarjali and siti marfuhah for the "great help". u guys have just displayed what team spirit was all about. usually, things always happen when you least expect it, but god has a way of showing you that whenever you are in dire straits, there will be some one out there to lend a helping hand. a little doa helps tremendously, insyAllah!

zairul then put on his "batu-tiga" gear and we made it for the dinner. of course after a good bath and in my fresh linen shirt and khaki dockers and fresh underwear, i felt oh! so-very-macho!

*perasan*



pelakon utama entri di atas

from left: Sarjali (1st) Zairul (3rd)






Monday, October 25, 2010

vegetarian

i just found out that smokers are vegetarian! kelakarkan?


*What an utter rubbish!*

Sunday, October 24, 2010

corporate social responsibility

Panas baran kah aku?
Jika ada orang bagi hadiah sehari lepas harijadiku, aku memang rasa terus nak baling dalam tong sampah jer.
Hadiah itu tak bermakna langsung padaku, bikin potong stim abis. Kenapa tak cubapun ingat tarikh besday aku dan bagi hadiah tepat pada harinya? Macam le aku hadap (hard-up) nak sangat orang bagi hadiah hari jadi separuh abad itu.
Mungkin kerana aku jenis manusia tak reti nak sabar kot. prinsip aku "time is the essence,” padaku buat sesuatu mesti tepat pada waktunya. Kalau tidak, baik tak payah!
Konfius? Cam ni. Kalau aku boleh usaha datang awal jika ada perjumpaan, nape ko boleh bagi alasan bodoh dan datang setengah jam lewat? Arghhhhhh! Haven’t you got any respect for other people at all?
Anyway, nak cerita ni - kekadang kita kena banyak muhasabah diri untuk jadi insan yang lebih matang. Aku le tuh!
Masa bulan posa lepas, aku buat projek CSR untuk organisasi aku. Kami dah identify 3 penerima bantuan, time posa ni, sume orang jadi dermawan, nak rebut pahala Ramadan, Alhamdulillah!
Shelter home pertama cares for anak-anak ditinggalkan ibu-bapa, single mothers dan OKU yang family buang. (god! I wish I could use better words) . yang kedua perlukan freezer untuk simpanan stok bahan makanan mentah dan ketiga terima apa saja memandangkan kanak-kanak sekolah terbabit adalah anak yatim dan pelajar susah.
So aku bincang dengan staf aku dan bagi tugas masing-masing. Amy bincang dengan pengeluar kasut untuk minta diskaun kerana rata-rata bebudak tu dah tiga tahun tak pakai kasut baru. Duit kutipan akan di gunakan untuk beli barang keperluan menyambut hari raya, selain tampung kos kasut dan beli freezer.
“rasa macam orang kaya le, pi beli barang kat pasayara m###n tu”  kata cek man dan dess masing-masing dengan senyum “terkoyak mulut” kerana aku bagi RM3,000 untuk berbelanja beli barang makanan dan keperluan raya. "nasib baik beli barang, nak harap mock cheque je, amount tak le seberapa, bikin malu jer" sampuk lee.
Emi, amy dan nana aku tugaskan buat persiapan awal kat rumah perlindungan tu memandangkan ada sidang media.

Alhamdulillah, ramai wartawan hadir, terima jemputan yang ijoi keluarkan. Pada hari kejadian, CEO pun sarungkan kasut beberapa kanak-kanak comel  di shelter home dan seboklah  si sepol dan paparazzi surat khabar amik gambar nak keluar berita di dada akhbar hari esoknya.

Sampai satu ketika ada gadis oku peluk  erat CEO aku dan tak lepas-lepas pegangannya sampai menitis air mata boss aku tu (boss pompuan). Aku pun sebak sama memandang wajah gadis tersebut yang luahkan rasa terima kasih dan syukurnya menerima bantuan melalui pelukan.
Kes kedua  aku memang frust giler kerana ada pihak dah kalahkan aku bagi dulu freezer tu pada rumah anak-anak yatim tersebut, kami cuma dapat sampaikan wang kutipan untuk keperluan rumah tersebut dan ang pow duit raya je. Inilah yang aku maksudkan tadi, masa itu adalah segala-galanya, jika kita terlewat, habis peluang - ianya bukan jadi milik kita lagi.
Kes ketiga sangat-sangat menginsafkan aku. Kurang lebih 90 Pelajar di sebuah sekolah di Sekincan terdiri dari pelajar susah di mana separuhnya adalah anak yatim. Tak dapat aku nak coretkan di sini wajah-wajah gembira kanak-kanak tersebut memperolehi kasut baru untuk sambut raya di samping duit raya yang tak le seberapa. “Words could not describe the feeling of joy and contentment projected through the eyes of the children” tatau camna lagi nak cerita.
“Kesian saya tengok kanak-kanak tu pakai baju kedut!” kata ayun masa majlis  penyampaian di sekolah,  mungkin tahun depan kita beli seterika plak untuk mereka?” aku pun perasan dan fikir benda yang sama. terus kami decide nak buat program sponsor baju dan kasut pelajar kurang bernasib baik akhir tahun ni yang kami panggil "going back to school" moga mereka tidak ke sekolah dengan pakaian lusuh dan kedut lagi, dapat kasut baru plak tu.

Lesson learned?
1.   Jika kita buat perkara baik, ramai orang nak bantu. Allah sesungguhnya sangat memungkinkan dan memudahkannya. percayalah!
2.   Banyak golongan di luar sana nak salurkan bantuan, mereka mencari-cari pihak yang sudi mengendalikan projek sebegini. kena pandai cari.
3.   Jika tak terlibat secara langsung, memang tak rasa apa-apa pun, rasa itu terkesan semasa bertungkus lumus melaksanakan program sebegini.
Jauh sekali di sudut hati nak berbangga, projek CSR bukan untuk tujuan takabur, sebaliknya supaya ianya boleh dijadikan ikhtibar pada pihak lain untuk bersama membuat kerja amal kebajikan. Aku sekadar nak kongsi pengalaman jer.
Insan kerdil macam aku yang serba kekurangan, manalah dan apalah sangat yang dapat aku berikan, hanya mampu menggunakan tulang empat-kerat yang Allah anugerahkan dengan rasa penuh kesyukuran dapat melaksanakan sedikit kerja amal untuk saudara-saudaraku yang amat memerlukan bantuan.
Tahun depan rasa nak  join Mercy  Malaysia la plak, nak pi gaza nak bantu saudara kita di sana.

nota kaki:
khas buat amy joe, yang patah pinggang opppps! slipped disc dan dok terbaring kat katil spital, kerana angkat benda berat sebelum sidang media, kami doakan moga cepat sembuh. emi, ayun dan dess juga nana, cek man, ijoi, lee dan sepol, patah kaki tanpa kehadiran anda di ofis tau! hamboi....hamboi......hamboi............

Friday, October 22, 2010

nanti






kalau padi katakan padi
tidaklah saya tertampi-tampi
kalau sudi katakan sudi
tidaklah saya ternanti-nanti

kalau padi katakan padi
tidaklah saya tertampi-tampi
jika benci katakan benci
bolehlah saya angkat kaki

peritnya menanti sesuatu yang tak pasti
kesabaran juga ada batasnya....

Wednesday, October 20, 2010

silakan

deep_sadness

aku dah lari ke hujung dunia

tapi......
ketenangan ku cari tiada di sana.

kini.....
aku  dah sedia apa saja.

datanglah..
insyAllah
aku redah semuanya.

wahai hati,
redhalah!

Tuesday, October 19, 2010

terima kasih



dah musnah dah hidupku
puaslah hatimu
itu kan mahumu?
bersoraklah!
julanglah piala kejayaanmu itu

but still not happy?
what's wrong with you!

Monday, October 18, 2010

berdoalah....

mana bonus?

"cilaka siot!
kerja kuat macam nak mampus pun tak guna
tak de bonus!"
terdengar keluhan seorang rakan
rata-rata kerajaan mesia bukanlah fames time macam nih.
bukan di kalangan orang di jalanan.

aku juga turut kecewa pada mulanya.
dah tiga tahun aku tak beli kasut baru.
berjenama dan selesa.
kasut yang ada dah pun lusuh dan hodoh.

dalam aku sibok melayan lamunanku
lintas di depanku seorang pemuda tampan berkerusi roda

dan tetiba aku jadi insaf
dalam kemarahanku aku telah lupa akan kenikmatan
mungkin, pemuda tadi tidak sedikitpun berfikir untuk memiliki kasut baru macam aku
kedua-dua kakinya telah dipotong kerana......

Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur padamu.
RM500 itu besar nilainya buatku,
Alhamdullillah!

Sunday, October 17, 2010

panas

a quick glance at my handphone
it shows the temperature ranges from 31 - 34 degrees. panas tuh!
but i am not going to talk about the weather....

there are people who make a life of screaming at other people.
Stock Photography - people, woman, 
fear, surprise, 
frightened, yelling, 
scary. fotosearch 
- search stock 
photos, pictures, 
wall murals, images, 
and photo clipart
if things go wrong, if they don't get what they wanted, people don't do exactly as they have been instructed they SCREAMMMMM.

please forgive me for saying this and i am not gender bias but lady boses do this sort of thing a lot!
the higher they are (in positions) the louder they scream.
they scream so loud i feel the earth moved under my feet.

little did they know that screaming at subordinates in front of an audience is so uncool, so pathetatic, so barbaric!
they are making a mockery of only themselves, which is equivalent to a donkey if only they realised.



but i personally think they look like a p*g!


the unability to control anger, and throwing tantrums for a boss is a defect!
they have no finess!

the thing is, people like them get away with murder!
not only they have no shame, they have no conscience at all.
and they have no illness.

it's people like us that suffer from heart attack due to bottling up the anger inside.
it's a real agony isn't it?

you may say it's not fair!
but mind you! fairness is only the colour of the skin.

so..smokers! get away from me!
i might just explode anytime soon.

Stock Photo - people, individuality, 
angry, screaming. 
fotosearch - search 
stock photos, 
pictures, wall 
murals, images, 
and photo clipart
ka..BOOMMMMMMMMMMMMMMMM!




Thursday, October 14, 2010

offsite

i m offsite
Arghhhhhh busy giler
tak bleh jalan-jalan  ke laman sesawang teman-teman blogger
tensionnyer!

Sunday, October 10, 2010

ujian

"musibah bukan bererti kemurkaan Allah
nikmat juga bukan bererti keredaan Allah
manusia diuji pelbagai cara
jika kita sentiasa dirundung malang
bersyukurlah kerna
Allah sedang menguji kita
itu tandanya dia ingatkan kita
juga dia sayangkan kita
tiada seorang nabi pun tidak diujinya.
lihatlah Rasulallah
lebih banyak diuji, lebih sayang Allah padanya
bukan mudah nak dapatkan perhatian dan sayang dari Allah
bersyukurlah........"

reality suck!

i am almost too happy that shawal is over.
reason being that now i can finally close the capter of "rumah terbuka" and food-glorious-food! once and for all this year, at least.
the other day i climbed on the weighing machine, not once or twice but 3x not believing my very own eyes at the reading, "astagfirullah hal azim"
terus sarung track suit p jogging kat lake garden pepagi tadi. aduh! apa dah jadi ni -tak larat nak panjat tangga ke sri perdana, dalam keadaan biasa naik turun 3 kali tak de hal nyer!

"pas ni p pekena nasi lemak tangling atau kat kg baru best gak!" jahatnya lintasan-lintasan nafsu makan.

AE: forget it tinta! u r too fat! dah macam tikus mondok dah! tak sedar diri lagi?

Aku: !!!!!!!i


camna nak dapat balik rasa insaf dan syukur macam bulan ramadan?

Friday, October 8, 2010

lari ke hujung dunia

perjalanan hidup mengajar kita
menjadi lebih dewasa.
ada kalanya kita terluka
ada kalanya kita bahagia.
Persis roda
yang berputar tiada hentinya.
tapi jika bahagia tidak juga kunjung tiba,


maka aku lari ke hujung dunia.
aku termenggu seketika
di jendela, terkesima.
helai demi helai diari hidup ku buka semula.
cita-cita yang berbekalkan segunung rasa,
terkubur jua di pusara,
akhirnya.

dan di antara
sedu dan hiba,
maka bercucuranlah mutiara
dari mata-mata yang berkaca.

ya rabbi, sesungguhnya
akulah yang durjana.
akulah yang sebenarnya alpa.
dalam kekalutan aku jadi pelupa.
Lupa mengingatimu walaupun seketika
kini hanya
sepi berkunjung menyapa.
Apa daya,
aku akur dan  terima segala,
ya allah! sesungguhnya
aku rela dan aku reda.
Kerna
ku tahu kau bersamaku
sentiasa.
Bila-bila
dan di mana-mana jua.


 

Thursday, October 7, 2010

prince and rapunzel



Prince: Rapunzel, Rapunzel, let down your hair, so that I may climb the golden stair
Rapunzel: Sorry my dear, not today! my fur is wet, the herbal shampoo is great! come back in three days with another barrel of essence scent!
Prince: Oh Shit!

tun teja dan hang tuah

di atas bahtera kencana:

tt: sampai hati tuan hamba mempermainkan hati dan jiwa beta. beta benar-benar cintakan tuan hamba. setelah semuanya beta serahkan, kini tuan hamba kata beta untuk raja.
ht: kita tak setaraf tuanku, tuanku "tuan-raja", tetapi hamba tetap"tuan-hamba!"
tt: itu beta tak kira. beta tak suka raja tuan hamba. beta nakkan tuan hamba juga.
ht: tak boleh tuanku, nanti boss hamba murka! lagipun inilah tugas utama kasanova macam hamba. pikat dan pass-over!
tt: beta lebih rela mati dari hidup tanpa tuan hamba.....
"Plump" tun teja terus terjun ke lautan.
di kejauhan terdengar jeritan hang jebat
hj: cepat tuah, tun teja terjun bahtera.
ht: biar je, pandai-pandailah dia selamatkan diri sendiri! jebat cepat ubah haluan ke kuala (nama lama untuk kelumpo)
hj: nak buat apa kat sana?
ht: aku nak ngorat rozita
hj: rozita mana?
ht: rozita si janda bulu mata!

Tuesday, October 5, 2010

apek & marjinah

satu sudut di lorong haji taiyoub satuk:

apek: tolungggggggg, tolungggggggg, ghimau manyak busak! tolungggggggg, ghimauuuuum
marjinah: hey apek! ko giler ke aper? dalam keyel in mana ada harimau! mana? mana?
apek: sape gile amoy? talak tipu menya, tengok sini la, manyak busak woooo( sambil menunding jari ke dalam 2 bakul besar)
marjinah: *kantoi* laaaaa terung sama limau rupenyer! (buang mase aku jer!)

Monday, October 4, 2010

kau tetap pergi

Aku cari tapi kau sembunyi,
Aku hampiri kau tetap menyepi
Aku kejar kau terus berlari
Ku korbankan segala hingga kini
Rupanya sikitpun tidak kau hargai
masih lagi tidak memadai
dan kau terus melangkah pergi

biar, biarlah aku sendiri
tak kan ku susuri
jejak mu yang tiada lagi
juga tidak upaya ku menanti
cerita kita bernoktah di sini

maaf atas segala kekurangan diri kerdil ini

Sunday, October 3, 2010

I love my life now

Ringggggg…….
Aku:  hello!
(who the hell is this - a number that is not registered in my phone)
GC:    Hellooo!  this is Godwin Cheng.  If you remember, we worked together  before.  you are m***** formerly from f*****l  h*t** right? (in a perfect British slang)
Aku:  Urrrrhhhh, yeah! you got that right!
(trying very hard to remember who the bloke is)
hi  Godwin! How are you?
How in the world did you get my number?
GC:    Ooooh, I ran into Yati the other day at the mall, we had high tea at Pan Pac. She is the Sales and Marketing Director there you know!
(and then it dawned upon me who he was. Godwin,Yati and I were management trainee way back in 2004. There were 8 of us.)
Aku:  I haven’t heard from you for a long time. Are you still in the hospitality industry?
GC:    yeah! I guess I am too old to change profession now! And I love what I do. I have been away all these while, but now I am on a short holiday in Malaysia.
Aku:  where exactly are you now?
GC:    I am a British Permanent Resident now. I ran a modest hotel of 377 rooms just outskirt of London. It’s called The Buckland House. You must come stay with us the next time you go to England! Give you fantastic discounts!
Aku:  (I am lost for words!) sure or not!
GC:    I am sure I can work something out for you. The General Manager has lots of descretions you know!
Listen, I need you to help me with something….. it would be good to see you and all our friends, just to touch base?
………………………………………
And suddenly I felt very small.
I was reduced to a “pin in a haystack”. Although all hope is still not lost. And I remembered this song:




“SOMEWHERE OVER THE RAINBOW”

Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.

Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?

You know what, Godwin Cheng! I might not have the big car you drive, fat pay you earn, the bombastic position you hold and the plush lifestyle you lead, but I truly love my life now, I love what I do Alhamdullillah! and I am excellent at it too! InsyAllah!


Saturday, October 2, 2010

lantak le!

Aku sebenarnya malas dah nak bersosial, bosan dah bosan. ko tahu tak? fening la networking segala! Ingat seronok ke kena pasang badan,  kena jaga rupa paras biar smart-kemas, nak kena senyum sampai lengoh pipi bila jumpa orang masa networking tu,  makan pun control macho - macam tertib giler, kena pandai buat lawak nak amek hati dan kena pandai menyusun kata bila bertutur.  Tapi nak buat camna kekadang kena pegi gak kerna tugas. 
Maka sampailah aku dan teammates aku (amy, ayun, nana & dess) ke Hilton Hotel  kat kl sentral tu. NST  jemput ke rumah terbukanya semalam. Kami advertiser tetap mereka. arghhhhh!
MasyaAllah, ramainya manusia di sana! Maklumlah, NST jemput  artis satu Malaya ke sana. Riuh gempita peminat dok  tangkap gambar dengan artis pujaan masing-masing. Macam nak buta dipanah flash kamera, puas mengelak ke sana, ke sini,  ke sinun!  Diaorang bukan amek gambar aku pun, sekadar kena tempias artis-artis tu la. Aku sekadar jual muka dan “lips service” jer, jumpa reporter  akhbar di bawah kumpulan NST, tunjuk support event mereka, nanti aku buat sidang media giliran mereka plak datang buat liputan.
Lalu musnahlah hasrat aku nak diet bila kena pegi majlis camni. Habistu, dah juadah terdedah depan bijik mata, takkan nak pandang jer. Apa lagi belasah la! Pulak tu, bila dah mula melantak,  tak reti-reti nak henti, macam kebulur tak makan sebulan. Alamak!  Dah nak magrib, angkat kakiiiiiii.
Di dalam kekalutan semasa menyelinap keluar, aku terdengar sorang artis berstatus janda berkata “I nak cari suami beriman yang dapat bimbing I kearah kebaikan, duit bukan jadi ukuran!”
AE: Penipuuuu punya pompuan!  Nak maintain bulu mata plesu dia pun boleh pokai,  cis! Duit bukan ukuran lagi. Tak mungkin  minyak (artis) dan air (org beriman) bercampur di dalam satu adunan.
Aku: Eh! yang ko plak tetiba hangin satu badan ni apahal?!
Sabo jer lah!
di hotel inilah New Straits Times mengadakan Jamuan Rumah Terbukanya

Friday, October 1, 2010

susah jadi aku neh!

apa yang ko lihat adalah diriku yang sebenar, apa yang ko tidak nampak ialah alter ego ku yang sering saja memberontak!

di suatu ramadan yang berlalu

aku pergi sogo nak beli baju raya untuk ngah. along dan acik punya dah selesai dah. ramai giler orang, bingit, sesak, padat, lambat, penat!
tengah kami dok sebok cari dan pilih  dari lautan longgokan pakaian, tetiba aku perhatikan ngah sentap semacam je, macam hilang selera nak mencari, macam gelisah, macam gelabah sangat, macam nak blah.
apahal lak budak ni.
"apasal diaorang asyik pandang kita?" dia bisik ke telingaku masa aku dok ukur baju di bahunya."lemaslah nak berebut macam ni - tak tahan  kena gesel-gesel cam ni....geli la " terus aku cakap kat ngah, shopping masa sale kat sogo memang macam tu, kena sabar,iman kena kuat, cabaran bulan posa.
itulah jadahnya bila tak reti nak plan beli keperluan awal-awal dan tunggu last minit (orang m'sia memang macam tu kan? termasuk aku!)
memang aku perasaan ada sekumpulan lelaki "sejenis" ni dok buat lawak bodoh, ketawa menghilai mengalahkan pontianak sundal malam, sambil pusing-pusing gedik baik punya posing. padan la pun, beberapa kali dok berebut baju dengan aku dan ngah, persis nak tarik perhatian le konon. tapi aku masih baik sangka - ingat biasa la kan sale kat sogo, orang jadik biadap berebut-rebut nak cari yang terbaek!


AE: ko ni memang bengap betulla! sampai orang nak urat korang pun ko tak perasan!


Aku: urat amende nyer! mana ader! bila? ish aku nak cepat ni, lepas ni nak beli juadah berbuka plak. dah! ko jangan nak buat cerita bukan-bukan.


AE: wei bodoh! bukak mata dan minda ko besar skit boleh tak?. diaorang tu ingat ko ni bawak anak ikan pi makan-makan, bawa jalan-jalan pastu panjat rumah tumpangan lempiaskan nafsu songsang!
lahanat! (ditujukan kepada lelaki-lelaki "sejenis" tu lah)




Aku: Astagfirullah hal azim'(ucapan yang sangat panjang) aku bukan lelaki jenis "ittew"! (timbul rasa jijik dan sedikit ngeri) tak pasal-pasal kurus posa aku hari tu.


itu cerita tahun lalu.
tahun ni aku pergi sogo lagi beli baju ngah sorang-sorang tanpa dia. dia kini nun jauh di balik awan, bergelut dengan peperiksaan di negeri orang! awal-awal siap pesan nakkan jeans dan jacket denim untuk dipakai sebagai melawan cuaca sejuk di perantauan. kesian!
dan aku jadi bersyukur sesangat, anak-anakku memang diberikan Allah penuh kesempurnaan, macam bapak mereka jugak, (hehehe) kan ada pepatah yang bunyinya lebih-kurang macam ni - "mana lagi nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi" tapi bila aku fikirkan semula, memang kesemua anakku tu segak-segak belaka, Alhamdulillah!


nota kaki: blog ini menceritakan peperangan yang berterusan
pelakon watak:
AE: Alter Ego (lintasan cebisan-cebisan ngomelan nakal di fikiran yang orang tak nampak tapi sering berperang dengan kewarasanku)


Aku: adalah diriku dalam bentuk fizikal yang dapat ko pandang dan pegang.


kerana aku bukanlah sejahat yang kau sangkakan
Dan...... sesungguhnya! aku penat dah nak melayan kerenahnya (AE) yang "apa-ntah" - bukan-bukan tu! penat sangat!

aku lah!

Susah jadi insan bernama aku
aku bukan lelaki yang sempurna sangat
tak berapa cerdik soal rasa dan perasaan
cetek pengalaman
dengkil pengetahuan.
Walaupun hidup dah separuh abad
Aku bengap pasal  persahabatan
Tak reti nak ampu-ampuan, kipas-kipasan


Kejujuran ku kekadang menoreh perasaan teman
Walaupun aku tegur penuh keikhlasan
Bab bahasakan orang, tegur kesalahan, apa saja nak dipertahankan akulah calon pilihan.

Aduh tak tahan! Samseng bebeno ker aku neh?
maka aku dianugerahkan gelaran jantan setan!
mulut celupar kata aku ni kuat komplen, kurang sopan, banyak songeh,  mamat kerek!
kerek amende? Ko kenal akupun tidak.
Sedap tuduh sembarangan macam pompuan


Cakap le depan-depan jika brani macam sorang jantan!
Kalau nak kena penangan - aku terajang sampai terkehel leher ko


sampai kepala pusing ke belakang, Silakan. 


ha! baru tau siapa jantan sapa pompuan!
Aku….la eleh, Tak de hal ah!