Friday, October 1, 2010

di suatu ramadan yang berlalu

aku pergi sogo nak beli baju raya untuk ngah. along dan acik punya dah selesai dah. ramai giler orang, bingit, sesak, padat, lambat, penat!
tengah kami dok sebok cari dan pilih  dari lautan longgokan pakaian, tetiba aku perhatikan ngah sentap semacam je, macam hilang selera nak mencari, macam gelisah, macam gelabah sangat, macam nak blah.
apahal lak budak ni.
"apasal diaorang asyik pandang kita?" dia bisik ke telingaku masa aku dok ukur baju di bahunya."lemaslah nak berebut macam ni - tak tahan  kena gesel-gesel cam ni....geli la " terus aku cakap kat ngah, shopping masa sale kat sogo memang macam tu, kena sabar,iman kena kuat, cabaran bulan posa.
itulah jadahnya bila tak reti nak plan beli keperluan awal-awal dan tunggu last minit (orang m'sia memang macam tu kan? termasuk aku!)
memang aku perasaan ada sekumpulan lelaki "sejenis" ni dok buat lawak bodoh, ketawa menghilai mengalahkan pontianak sundal malam, sambil pusing-pusing gedik baik punya posing. padan la pun, beberapa kali dok berebut baju dengan aku dan ngah, persis nak tarik perhatian le konon. tapi aku masih baik sangka - ingat biasa la kan sale kat sogo, orang jadik biadap berebut-rebut nak cari yang terbaek!


AE: ko ni memang bengap betulla! sampai orang nak urat korang pun ko tak perasan!


Aku: urat amende nyer! mana ader! bila? ish aku nak cepat ni, lepas ni nak beli juadah berbuka plak. dah! ko jangan nak buat cerita bukan-bukan.


AE: wei bodoh! bukak mata dan minda ko besar skit boleh tak?. diaorang tu ingat ko ni bawak anak ikan pi makan-makan, bawa jalan-jalan pastu panjat rumah tumpangan lempiaskan nafsu songsang!
lahanat! (ditujukan kepada lelaki-lelaki "sejenis" tu lah)




Aku: Astagfirullah hal azim'(ucapan yang sangat panjang) aku bukan lelaki jenis "ittew"! (timbul rasa jijik dan sedikit ngeri) tak pasal-pasal kurus posa aku hari tu.


itu cerita tahun lalu.
tahun ni aku pergi sogo lagi beli baju ngah sorang-sorang tanpa dia. dia kini nun jauh di balik awan, bergelut dengan peperiksaan di negeri orang! awal-awal siap pesan nakkan jeans dan jacket denim untuk dipakai sebagai melawan cuaca sejuk di perantauan. kesian!
dan aku jadi bersyukur sesangat, anak-anakku memang diberikan Allah penuh kesempurnaan, macam bapak mereka jugak, (hehehe) kan ada pepatah yang bunyinya lebih-kurang macam ni - "mana lagi nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi" tapi bila aku fikirkan semula, memang kesemua anakku tu segak-segak belaka, Alhamdulillah!


nota kaki: blog ini menceritakan peperangan yang berterusan
pelakon watak:
AE: Alter Ego (lintasan cebisan-cebisan ngomelan nakal di fikiran yang orang tak nampak tapi sering berperang dengan kewarasanku)


Aku: adalah diriku dalam bentuk fizikal yang dapat ko pandang dan pegang.


kerana aku bukanlah sejahat yang kau sangkakan
Dan...... sesungguhnya! aku penat dah nak melayan kerenahnya (AE) yang "apa-ntah" - bukan-bukan tu! penat sangat!

No comments:

Post a Comment